Sunday, November 8, 2009

Majlis Watikah Pembubaran Dan Pelantikan Pengawas SMKKAp




Tahniah diucapkan kepada semua para pengawas SMKKAP yang telah tercalon untuk memegang jawatan pengawas bagi Sesi 2009/2010 terutama kepada Ketua Pengawas Norfazreen Bt. Safee dan ajk yang baru. Ucapan terima kasih juga kepada para pengawas Sesi 2008/2009 terutama kepada mantan Ketua Pengawas Mohd Firdaus B. Seratamal. Anyway tahniah untuk semua dan terima kasih kepada pengawas yang telah menabur bakti.

Thursday, October 15, 2009

Ikrar Pengawas

IKRAR PENGAWAS

BAHAWA SAYA PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH

BERJANJI DAN BERIKRAR

AKAN MEMATUHI

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH INI,

KAMI AKAN MENJALANKAN

TUGAS-TUGAS KAMI DENGAN PENUH DEDIKASI

DAN IKHLAS SEPANJANG MASA

KAMI JUGA BERJANJI AKAN MENJAGA

NAMA BAIK PENGAWAS

GURU-GURU SEKOLAH INI, AGAMA , BANGSA DAN NEGARA

BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Friday, August 21, 2009

Displin

Disiplin merupakan satu unsur yang boleh mewujudkan ketertiban masyarakat. Ia bukan sahaja merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas sesuatu kelompok manusia akan tetapi ia berhubung rapat dengan tindakan seseorang dalam menempatkan dirinya dalam masyarakat. Disiplin juga adalah satu garisan panduan yang patut diamalkan oleh setiap orang dalam masyarakat dan negara.

Pembentukan disiplin di sekolah adalah sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai perkaitan rapat dengan kesempurnaan disiplin pelajar. Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur dan pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana tenang. Keselamatan para pelajar dapat dijamin kerana setiap murid mematuhi peraturan. Melalui disiplin, nilai-nilai murini dapat dipupuk kepada pelajar. Pelajar yang berjaya dalam segala bidang kehidupan sering kali terdiri daripada mereka yang berdisiplin. Mereka itu adalah juga sebagai pengasas ke arah pembentukan masyarakat yang berdisiplin berkebolehan dan harmonis.

Definisi Disiplin

Definisi disiplin ada berbagai-bagai. Kebanyakan definisi yang terdapat dalam kamus adalah latihan membentuk, membetul ataupun melengkapkan, sesuatu system peraturan. Berkenaan tingkah laku atau tingkah laku menurut peraturan-peraturan yang diwujudkan.

Menurut Souper (1976) perkataan disiplin terkenal daripada perkataan latin discere yang bermaksud mempelajari atu penyerahan kepada peraturan yang menstrukturkan apa yang perlu dipelajari. Oleh itu disiplin boleh ditafsirkan sebagai penyerahan sesuatu autoriti kepada individu yang tertentu bagi melaksanakan peraturan yang penting dalam menentukan tingkah laku pengikut dan cara mereka berfikir dan menjalankan tugas

Mengikut Harris, N.S yang dipetik dari buku undang-undang untuk pengetua dan guru besar oleh Mohd Ismail Othman (2004 p.71)

“Discipline is a very general nation which is connected with conforming to rules, whereas punishment is a much more specific notion which is usually only appropriate where there has been a breach of rules”

Goodwin F.J (1967) menyatakan bahawa dengan disiplin dapat mengadakan peluang untuk hidup dalam rukun dan damai dan memberi galakan untuk pelajar itu berusaha bagi diri pelajar itu sendiri dan juga pelajar lain.

Mak Soon Sang (1995) berpendapat, dalam konteks masyarakat, disiplin bermaksud peraturan yang dipersetujui oleh ahli-ahli bagi mewujudkan tingkah laku yang sesuai demi menjamin kesempurnaan kehidupan mereka dalam masyarakat itu. Manakala pada peringkat sekolah pula disiplian adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman ataupun ganjaran.

Chiam Heng Keng (1994) menyebut, disiplin itu menyediakan kanak-kanak dengan perkara di bawah:

a) Satu garis panduan berkenaan tingkah laku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima.

b) Pemerhatian bagi memastikan undang-undang dipatuhi.


c) Pelaksanaan hukuman yang konsisten agar mereka faham apa yang tidak dibenarkan.

d) Menghukum dalam keadaan sayang dan bukan marah.


Ee Ah Meng (1990) menyatakan, disiplin merupakan peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan hidup masyarakat itu.

Menurut Omardin Ashaari (1996) dalam bukunya Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap menyatakan, mengikut sesetengah golongan pendidik, istilah disiplin merupakan pendidikan akhlak sebagai asas kepada pembinaan peribadi manusia yang baik, adil, saksama dan bertimbang rasa. Disiplin merupakan latihan yang diberikan kepada pelajar supaya mereka bertindak bersesuaian dengan peraturan di rumah, sekolah dan masyarakat.

Menurut Laporan Seminar Kebangsaan Mengenai Disiplin Sekolah-Sekolah (1978), disiplin merupakan seuatu sistem peraturan dan tatatertib yang ditetapkan oleh sesuatu badan atau kelompok yang dilaksanakan agar memudahkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan.

Sementara itu menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) dalam kajiannya menyebut disiplin dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu kepentingan orang lain.




Pentingnya Disiplin Di Sekolah

Disiplin juga mempunyai kaitannya dengan tatasusila, kesopanan dan akhlak. Pelajar yang berdisiplin sentiasa bersifat rasional, berkeyakinan diri dan mempunyai ketabahan hati. Disiplin juga membawa erti bukan sahaja mempunyai dan menghayati pelakuan yang diharapkan oleh masyarakat tetapi sanggup juga taat dan setia kepada sekolah dan negara. Seseorang yang berdisiplin itu beradab, menjaga tatatertib, berakhlak mulia, mematuhi ajaran agama dan nilai-nilai kebudayaan. Matlamat disiplin pula adalah membentuk disiplin kendiri dengan bermaksud membentuk pelajar yang dapat mengawal dan mengarah diri sendiri tanpa paksaan dari luar.

Disiplin sekolah yang baik dan sempurna akan menghasilkan beberapa faedah kepada guru dan pelajar terutamanya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur dan pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang. Keselamatan para pelajar pula dapat dijamin kerana setiap pelajar mematuhi peraturan. Kemalangan yang berlaku dalam kawasan sekolah dan bilik darjah dapat dikurangkan. Melalui disiplin, nilai-nilai murni dapat dipupuk kepada semua pelajar.

Jenis-Jenis Kesalahan Yang Sering Dilakukan

Menurut Jawatankuasa Penulisan Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Displin Murid-Murid Sekolah (1982), Kementerian Pelajaran Malaysia, telah membahagikan kesalahan-kesalahan pelajar kepada lima kumpulan iaitu:

Kumpulan 1:

Perbuatan-perbuatan melanggar peraturan yang berlaku dan dianggap sebagai tingkah laku jenayah;

i. Memeras ugut
ii. Menjadi anggota kumpulan jahat
iii. Berjudi
iv. Mencuri
v. Memukul guru, pengawas dan murid-murid lain

Kumpulan 2:

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan dan dianggap sebagai tingkah laku lucah;

i. Membaca, menunjuk dan menyebarkan bahan-bahan dan gambar-gambar lucah
ii. Mengintai murid-murid perempuan
iii. Bercumbu-cumbuan
iv. Menggunakan kata-kata lucah
v. Melukis dan menulis kata-kata lucah
Kumpulan 3:

Perbuatan-perbuatan yang melanggar peraturan yang berlaku kerana tingkah laku anti-sosial;

i. Merosakkan harta benda sekolah
ii. Mencemar kebersihan kawasan dan bangunan sekolah
iii. Membuat bising dan menganggu kelas
iv. Bergaduh dan berlawan
v. Biadap terhadap guru
vi. Mengadakan pelancoan (ragging)

Kumpulan 4:

Perbuatan-perbuatan yang berlaku oleh kerana tingkah laku tidak jujur;

i. Meniru dalam ujian atau peperiksaan
ii. Meniru tandatangan ibu bapa / penjaga
iii. Bercakap bohong
iv. Mengubah markah
v. Ponteng sekolah

Kumpulan 5:

Perbuatan-perbuatan yang berlaku kerana tingkah laku tidak sopan

i. Berbahasa kasar dan mencarut
ii. Tidak menghormati guru / pengawas
iii. Menghisap rokok
iv. Berambut panjang
v. Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar
vi. Selalu datang lewat ke sekolah / kelas
vii. Sikap lalai dan cuai terhadap pelajaran

Pada tahun 1994, Unit Disiplin, Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia menjalankan kajian berkaitan masalah disiplin di sekolah. Hasil kajian menunjukkan peratus kejadian kes disiplin di sekolah mengikut sepuluh jenis kesalahan yang dikenal pasti di kalangan 1,191,233 orang pelajar di Malaysia adalah seperti berikut:







Jenis Kesalahan Disiplin dan Peratus Yang Dilaporkan

Bil. Jenis Kesalahan Peratus
1 Datang lewat 1.43
2 Ponteng sekolah 1.36
3 Rambut panjang 0.92
4 Ponteng kelas 0.57
5 Merokok 0.41
6 Berkelakuan kurang sopan 0.30
7 Bergaduh 0.27
8 Bersikap degil 0.27
9 Menganggu pengajaran guru 0.25
10 Merosak harta benda sekolah 0.16

Faktor-faktor Wujudnya Masalah Disiplin Di Sekolah

Banyak sebab diperkatakan tentang mengapa seseorang pelajar melanggar peraturan dan undang-undang sekolah. Pada keseluruhannya, sebab-sebab ini boleh dibahagikan kepada empat faktor besar yang melibatkan keluarga, sekolah, pelajar dan pengaruh alam sekitar.

a) Faktor Keluarga
Ibu bapa merupakan orang paling hamper dengan peghidupan anak-anak mereka. Ibu bapalah yang akan menjadikan anak-anak mereka itu menjadi orang yang baik atau sebaliknya. Ini dapat diambil iktibar melalui sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud

“Semua kanak-kanak dilahirkan suci, tetapi ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Menurut Parkson (1964), rumah adalah kilang yang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses, dengan maksud mendidik anak-anak mereka, hasilnya akan lahir anak-anak tidak bermoral. Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar adalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Ini pula ada kaitannya dengan masalah disiplin kendiri dan mungkin juga mereka menghadapi masalah psikologi. Kajian Yaakub Hj. Yusof (1977) menunjukkan bahawa 50% daripada pelajar yang ponteng sekolah merupakan mereka yang menghadapi banyak gangguan hidup sehari-hari dan apabila merasa diri terpencil di sekolah mereka akan mencari jalan keluar dengan ponteng sekolah.

Tekanan perasaan yang dihadapi pelajar juga mungkin berpunca daripada keluarga seperti penceraian dan pergaduhan di kalangan ibu bapa. Oleh itu, masalah ini menyebabkan pelajar melakukan tindakan negative di sekolah untuk melepaskan tekana perasaan yang sedang mereka hadapi. Peranan ibu bapa juga amat penting dalam memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak dan sebagai pemberi dorongan untuk berjaya.

Herriot dan St. John (1966) telah membuat kajian mengenai persekitaran rumah tangga dari segi sosioekonomi dan mendapati ramai pelajar yang bertingkah laku tidak mengikut peraturan datangnya dari keluarga kelas social rendah. Sebahagian besar yang menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah adalah berpunca daripada keluaga sendiri.

Namun begitu, ada pula ibu bapa yang membela kesalahan anak-anak mereka. Ibu bapa juga harus sedar akan masalah hal diri anak-anak mereka dan tidak diserahkan semata-mata ke tangan guru sahaja. Mereka juga harus mengambil inisiatif menemui guru-guru yang mengajar di sekolah untuk mendapatkan maklum balas mengenai prestasi dan disiplin anak-anak mereka. Tingkah laku negative juga berpunca daripada hubungan pelajar dengan keluarganya. Sekiranya hubungan dengan keluarganya negatif, ia akan bersikap begitu di luar rumah apabila bersama-sama rakan-rakannya di sekolah. Disiplin yang baik juga bermula di rumah dan menjadi saranan pemimpin-pemimpin politik bahawa ibu bapa harus menunjukkan minat yang lebih terhadap pelajaran dan kebajikan anak-anak mereka.

b) Faktor Sekolah

Pelanggaran disiplin adalah tingkah laku yang mengganggu proses pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran di sekolah. Gragey (1970), Maslow dan Rogers (1962) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keaadaan tidak berdisiplin kerana pelajar-pelajar akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan yang kurang menyenangkan seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menentang guru. Jika pelajar terlalu takut kepada guru, penentangan terus tidak dibuat, perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah.

Mengikut Boyson (1973), sesebuah sekolah itu harus mengamalkan salah satu daripada dua pendekatan itu dalam menentukan corak suasana yang dapat memberi lebih manfaat kepada pelajar. Sekolah harus memutuskan sama ada mewujudkan kawalan ketat atau mengambil pendekatan yang informal yang tiada ketegangan dalam kawalannya. Jika kedua-dua pendekatan ini wujud dalam sesuatu persekitaran sekolah, ini mungkin akan menimbulkan masalah disiplin. Walaupun begitu suasana sesebuah sekolah itu ditentukan oleh salah satu daripada pendekatan ini pada sesuatu ketika mengikut cara mana lebih cenderung digunakan.

Undang-undang sekolah yang baik adalah yang bole dipatuhi dan difahami dengan mudah oleh para pelajar dan mesti diperhatikan bahawa ia boleh di kuatkuasakan bukan sekadar mempamerkannya di papan kenyataan. Peraturan ini mesti selalu dikemas kini dan diubah suai megikut keadaan.
Keadaan fizikal bilik darjah yang panas dan sesak juga menggalakkan timbulnya masalah disiplin. Ini akan menyebabkan pelajar akan berasa mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Peranan persekitaran sekolah juga amat penting dalam mewujudkan suasana yang aman dan harmoni agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan teratur.

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada disiplin pelajar. Sebagai sebuah institusi yang mendidik manusia dengan pelbagai ragam harus menyediakan suasana yang dapat memenuhi cita rasa para pelajar yang sedang menuntut ilmu. Sekolah yang besar dan berkeadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang signifikan dengan masalah tidak berdisiplin. Sementara guru pula hendaklah mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin bagi menangani masalah disiplin pelajar.

Sementara itu Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh digerakkan bagi mendapat kerjasama dalam hal ehwal pelajar. Jawatankuasa ini hendaklah bekerjasama rapat dengan sekolah dan masyarakat setempat khasnya mendapat kerjasama daripada pihak polis untuk mencegah ponteng sekolah dilakukan di sekolah-sekolah bandar. Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Guru Disiplin yang lebih berkesan dengan memperlihatkan kepada pelajar akan pentingnya disiplin. Bagi para guru pula harus sedar bahawa menguatkuasakan disiplin adalah sebahagian tugas guru yang penuh cabaran dan akan memberi manfaat dan kepuasan dalam mengajar dan tidak bersikap pasif. Sepatutnya disiplin di sekolah mesti dilaksanakan oleh semua guru, kakitangan dan bukan hanya guru disiplin atau guru bimbingan dan kaunseling sahaja.

Selain daripada itu pengaruh guru juga memainkan peranan yang penting terhadap disiplin pelajar. Para guru mempunyai pengaruh yang besar dalam mengubah arah haluan hidup pelajar. Contoh teladan yang baik di kalangan pelajar banyak menyelesaikan masalah disiplin. Sikap adil dan tegas penting dalam proses mengawal tingkah laku pelajar.

Pelajaran agama pula dapat memberi didikan supaya tertanam dalam diri pelajar sifat takwa, berakhlak dan berhemah tinggi. Begitu juga dengan pelajaran-pelajaran lain seperti Pendidikan Kewarganegaraan dan mulai tahun 2005 Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan matapelajaran Sivik yang menjurus kepada kesedaran dan pembentukan disiplin terhadap pelajar.

Seperkara lagi yang sangat memberi kesan terhadap masalah salah laku di sekolah adalah proses melaber pelajar-pelajar oleh sesetengah guru. Ada di kalangan guru yang gemar melabel pelajar yang pintar dan kurang pintar. Menurut Lacey (1970), para pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi tinggi akan menunjukkan minat yang bertentangan apabila dilabelkan oleh gurunya sebagai kurang berusaha dan kurang cerdas. Pelajar yang rendah motivasinya lebih cenderung menimbulkan masalah disiplin.

Guru yang autokratik dan dominant menyebabkan emosi pelajar sentiasa terganggu. Ini akan menjejaskan keupayaan pelajar unutk menerima pelajaran. Sebagai seorang guru, mereka perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan secara terbuka. Guru yang berinisiatif dan kreatif akan mendapat menghasilkan bahan pengajaran yang mampu menarik minat pelajar. Oleh itu, masalah disiplin dapat diatasi. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik akan dihormati oleh pelajarnya.

Sementara itu kaunseling merupakan proses terbaik yang boleh dilakukan para pendidik ke atas pelajar yang bermasalah. Sesi kaunseling ini boleh dijalankan dalam bentuk kaunseling individu atau kaunseling kelompok.

c) Faktor Pelajar

Mengikut Raven (1977), apabila pelajar tidak berminat dalam pelajaran dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan melakukan apa sahaja perkara-perkara yang dianggap negatif. Pelajar berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak diri sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar. Mereka merupakan golongan yang melanggar peraturan sekolah dan mungkin mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka itu telah menyalahi peraturan. Ini merupakan faktor penting dalam hal pelajar yang melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin di sekolah.

Pelajar yang kurang bernasib baik seperti pelajar miskin pula kadangkala timbul perasan tidak puas hati dalam diri mereka apabila sesetengah guru hanya mementingkan dan memuji pelajar yang berpakaian kemas pintar dan berada dan mereka kurang mendapat perhatian guru.

d) Faktor Persekitaran

Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media-media massa juga sentiasa membentuk perilaku para pelajar yang masih mentah dalam cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini, menyebabkan para pelajar terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran unutk memenuhi keinginan untuk tahu akibat dari dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snooker, pusat permainan video dan sebagainya.

Perbuatan seperti ini selalu mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat. Selain daripada pergaulan yang kurang sihat, remaja turut menuntut kebebasan secara melulu daripada ibu bapa. Tuntutan seprti ini juga banyak dipengaruhi oleh media massa ( Cohen, 1975). Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri mereka. Pengaruh yang negatif ini boleh dilihat dari majalah-majalah hiburan, buku-buku yang mengadungi unsur-unsur lucah serta radikal, televisyen dan tayangan-tayangan filem barat. Jika dilihat, kebanyakan akhbar mingguan, majalah hibuaran dan buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran sekarang lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong yang boleh mendorong sikap yang negative seperti suka mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai perlakuan anti-sosial yang lain.

Sementara itu keperluan asas bagi manusia merupakan keperluan fisiologi seperti makanan, minum, pakaian, tempat tinggal dan alam sekitar yang selesa. Bagaimanapun, terdapat satu lagi keperluan asas yang penting iaitu keperluan rohani. Keperluan ini membabitkan unsur-unsur seperti akidah yang betul, amalan-amalan yang berdasarkan ketakwaan dan jiwa yang bebas dari penyakit dengki, pemikiran secular dan rasa besar diri. Keruntuhan akhlak berpunca dari keadaan persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada unsur keduniaan.

Para pelajar adakalanya terlibat dengan dadah, rokok, budaya lepak dan lain-lain lagi. Pergaulan mereka juga sering menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan yang kurang sihat. Perlakuan-perlakuan yang dinyatakan di atas, menyebabkan para pelajar sering ponteng kelas, kurang berusaha belajar dan melakukan tingkah laku yang negatif di bilik darjah. Satu kajian yang berasingan mengenai kehidupan pelajar yang berumur 15 tahun di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati bahawa sebanyak 90% remaja Cina terus pulang ke rumah lepas waktu sekolah, sebanyak 72% pelajar India berbuat demikian tetapi hanya sekitar 5.8% pelajar melayu terus pulang ke rumah selepas waktu sekolah ( Utusan Malaysia, 11 Mac 1993). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar Melayu lebih banyak terdedah kepada persekitaran luar jika dibandingkan dengan remaja kumpulan etnik lain.

Banyak persoalan ditanya mengapa remaja Melayu banyak terdedah kepada suasana persekitaran yang negatif berbanding dengan remaja kaum lain. Hal ini mungkin disebabkan keadaan keluarga yang tidak harmonis, tarikan di luar yang lebih menarik daripada apa yang ditawarkan oleh ibu bapa, ataupun mereka kurang menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang memanfaatkan diri. Ini ada kesahihannya kerana mengikut laporan Bahagian Belia, Kementerian Belia dan Sukan, walaupun Malaysia mempunyai antara struktur organisasi belia yang terbaik di dunia, hanya 24% daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 7.19 juta belia di Negara ini menjadi ahli persatuan. Golongan belia Melayu adalah di kalangan mereka yang paling kurang menjalankan aktiviti berpersatuan.





Pengurusan Disiplin Di Sekolah

Akta pelajaran 1961, dalam perenggan 6 mewartakan , Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab penuh ke atas pentadbiran sekolahnya. Ini bererti ia mempunyai kuasa dan kawalan ke atas pengelolaan sekolahnya, guru-guru yang bertugas di bawahnya, murid-murid dan kesemua pekerja di sekolah.

Struktur Organisasi lembaga Disiplin Sekolah

Pengerusi
(Guru Besar / Pengetua)



Setiausaha
(Guru Penolong Kanan HEM)




AHLI JAWATANKUASA
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelia Petang
Guru Disiplin / Pengawas
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Guru Agama



Ordinan Pelajaran 1957 yang dikeluarkan pada tarikh 5 Mac 1959, mewartakan perkara-perkara mengenai disiplin seperti berikut:

i. Guru Besar Sekolah adalah bertanggungjawab kepada Lembaga Pengurus / Pentadbir terhadap disiplin sekolah. Bagi tujuan ini berkuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolahnya.
ii. Bagi tujuan menyelenggara disiplin di kalangan murid-murid Guru Besar berkuasa mengenakan denda-denda biasa di sekolah seperti yang dirasakan perlu dan bermanfaat dengan syarat:
a. Denda-denda dera ( corporal punishment) ke atas murid-murid perempuan ditegah; dan
b. Denda-denda dera ke atas murid-murid lelaki oleh guru adalah dihadkan kepada pukulan dengan rotan ringan ( light cane) pada tapak tangan atau pada buntut yang beralas dengan pakaian. Denda-denda ini dilaksanakan oleh Guru Besar sendiri atau seorang guru penolong yang diberi kuasa olehnya.
iii. Denda-denda dera dikenakan mestilah direkodkan dalam satu boring yang diluluskan oleh Pendaftar Sekolah, iaitu Pengarah Pendidikan Negeri, rekod ini adalah dianggap sulit.
iv. Guru Besar boleh merotan sendiri atau dari semasa ke semasa memberi kuasa merotan kepada guru-guru lain yang dianggap layak untuk menjalankan denda-denda dera ke atas murid-murid yang bersalah.
v. Larangan ke atas murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti politik. Murid-murid di bawah umur 21 tahun adalah dilarang.
a. Berkempen untuk mendapatkan undi bagi pihak sebarang parti atau organisasi atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian.
b. Menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau pencalonan sebarang individu sebagai menentang satu pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang.
c. Mengedar atau menyebabkan sebarang risalah politik atau dokumen atau propaganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti politik atau organisasi atau ada kaitan dengan sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pertandingan.
d. Berterusan mengganggu peraturan-peraturan sebarang perkumpulan orang ramai yang halal dengan cara yang mungkin menghalang perjalanan mesyuarat.
e. Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang pergerakan politik atau organisasi atau sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam peraturan ini ‘pengundian’ bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Rakyat, Deawan Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan.

vi. Kuasa penggantungan dan pembuangan sekolah adalah di tangan Guru Besar mana-mana sekolah jika ia berpendapat dan berasa puas hati bahawa:
a. Adalah perlu dan wajar demi kepentingan menjaga disiplin sekolah maka sesiapa murid boleh digantung persekolahannya atau dibuang sekolah; dan
b. Sesiapa murid yang melanggar peraturan (V) di atas, Guru Besar boleh memerintahkan murid itu memberhentikan persekolahannya.
vii. Guru Besar berkuasa membuang sekolah sebarang murid yang melakukan sebarang kesalahan berat sebagai menjalankan arahan dari Pendaftar Besar Sekolah ( Ketua Pengarah pendidikan). Dalam kes seperti ini satu salinan surat perintah itu akan dihantar oleh pendaftar sekolah kepada ibu bapa / penjaga murid berkenaan.
viii. Ibu bapa / penjaga kepada murid yang digantung atau dibuang sekolah mengikut peraturan (vi) (a) di atas, boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus atau Lembaga Pentadbir. Mereka ini boleh mengeluarkan perintah seoperti yang mereka fikirkan berpatutan dengan syarat bahawa:
a. Guru Besar berhak menghadiri dan memberi pandangan dalam sebarang mesyuarat Lembaga Pengurus / Peentadbiran Sekolah, yang mana diadakan untuk menimbangkan sesuatu rayuan atau;
b. Perintah Guru Besar membuat seorang murid dari sekolah tidak boleh dibatalkan tanpa persetujuan Pendaftar Sekolah. Ibu Bapa / Penjaga seseorang murid yang dibuang sekolah mengikut perintah di bawah perenggan (b). Peraturan (vi) di atas, atau peraturan (vii) boleh membuat rayuan kepada Y.B Menteri Pendidikan dalam tempoh sebulan selepas perintah pembuangan sekolah dikeluarkan, yakni syarat-syarat dalam seksi 90 dan 91 dalam ordinan.
ix. Sijil berhenti sekolah bagi setiap murid-murid yang telah dibuang sekolah di bawah syarat-syarat peraturan (vi) dan (vii) di atas, akan dicatatkan oleh Guru Besar bahawa murid berkenaan telah dibuang sekolah di bawah syarat-syarat peraturan-peraturan ini.
x. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah di bawah peraturan (vii) di atas akan selepas itu ( kecuali perintah itu terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak yang mengeluarkannya);
a. Tidak boleh masuk atau dibenarkan masuk ke bangunan sekolahnya, atau
b. Tidak dibenarkan masuk untuk menyambungkan persekolahannya di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar sekolah.
xi. Seseorang murid yang gagal menepati perintah yang dibuat di bawah peraturan-peraturan (vi) dan (vii) di atas dan seseorang yang tidak menepati syarat-syarat peraturan (x) di atas, akan berkemungkinan besar akan didenda tidak melebihi 3 bulan, atau kedua-duanya. Seseorang yang tidak menepati syarat-syarat bagi peraturan-peraturan lain akan berkemungkinan besar didenda tidak melebihi lima puluh ringgit bagi kesalahan pertama dan seratus ringgit bagi kesalahan kedua yang berikutnya.

Strategi Penyelesaian

Perbincangan mengenai fenomena keruntuhan akhlak remaja banyak berkisar di sekitar isu pelajar remaja. Justeru, kebanyakan daripada strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini akan memberi tumpuan kepada golongan para remaja.

Pertama ialah pendekatan akedemik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akedemik dan separa akedemik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan computer, video, bantuan alat pandang dengar yang lain dan teknik pengajaran luar kelas. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh pelajar di sekolah ( Case, 1985). Strategi ini boleh menarik minat pelajar remaja untuk menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memanfaatkan merkembangan mereka.

Kedua ialah aspek perundangan di sekolah. Strategi ini harus diberikan tumpuan kerana ini dapat mengurangkan penglibatan pelajar dalam berbagai kegiatan disiplin atau jenayah sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia akan dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar disamping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Namun ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin ada penentangan daripada ibu bapa, memandangkan langkah hukuman ini mungkin terlalu berat dan tidak adil untuk pelajar.

Sehubungan dengan aspek perundangan ialah penguatkuasaan undang-undang oleh polis. Ini bermakna bidang kuasa polis boleh diperluaskan untuk merangkumi kegiatan para pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan disiplin perlu ditubuhkan di peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun Negara agar segala kegiatan pelajar dapat diawasi di dalam dan di luar sekolah.

Satu lagi langkah pencegahan yang baik ialah khidmat nasihat. Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu kaunseling juga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang kerjaya yang patut dituju oleh pelajar. Selain itu para guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan “peer kaunseling” di kalangan pelajar. Ini adalah jalan yang baik untuk membantu hubungan yang sihat di kalangan pelajar dan memupuk rasa tanggungjawab di antara satu sama lain. Menurut kajian seperti yang dicatatkan dalam Cohen (1975) dan Phelps (1976), remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka di kalangan rakan sebaya dengan mereka. Oleh itu program ini bermanfaat jika dirancang dengan teliti dan mengambil mereka yang berpengalaman dan mempunyai asas-asas kaunseling remaja untuk menganjurkan dan memantapkan program tersebut.

Lanjutan daripada itu, golongan pelajar perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman “pergolakan” yang amat serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku pada ketika baligh banyak mempengaruhi jiwa, perasaan dan pemikiran para remaja (Chais, 1976). Ini menyebabkan mereka menghadapi banyak masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan membetuk identiti diri.

Bagi strategi umum, satu pendekatan yang wajar ialah melalui ceramah-ceramah sivik yang boleh dilakukan di peringkat sekolah. Walaupun demikian, adalah wajar jikalau program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Sebagai contoh, pada “Hari Ibu Bapa dan Guru” yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah boleh memberi keterangan yang jelas tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Di samping itu pengetahuan agama harus ditekankan di dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama akan memberi satu garis panduanbagi individu untuk bertindak. Di samping pengetahuan agama, keterangan mengenai diri dan cara-cara bersosial harus disampaikan kepada para pelajar dan juga ibu bapa. Penglibatan ibu bapa adalah penting supaya anak, pendidik dan ibu bapa berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan.

Sehubungan dengan itu, terdapat banyak surat-surat pekeliling yang bertujuan memberi panduan kepada guru besar dan para guru mengenai pengurusan disiplin pelajar. Namun, secara umumnya disiplin pelajar di sekolah-sekolah didapati semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat panduan ini tidak diberi perhatian serius. Ada pula guru-guru yang tidak berkerjasama dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, kurang rasa tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah punca utam masalah disiplin.

Sikap guru yang negatif juga mempengaruhi sikap dan tanggapan bahawa pelajara adalah punca utama masalah disiplin. Justeru, pentadbiran sekolah harus memastikan bahawa sekolah menyalurkan maklumat itu kepada guru-guru menerusi sesi perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi memastikan mereka faham mengenai hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan disiplin yang betul.

Adakala system pendidikan Negara dijadikan sasaran utama kerana ia merupakan wadah yang paling baik untuk menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan moral memberi pengaruh yang besar dalam mencorak sikap dan akhlak seseorang dan seterusnya akan mempengaruhi nilai-nilai sosialnya. Oleh itu para pelajar perlu diberi penerangan yang jelas mengenai alam remaja, masalah dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum mencapai kedewasaan. Ini boleh dilakukan melalui ceramah dan majlis penerangan mengenai masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik.

Masalah jenayah pelajar bukan masalah pelajar, ibu bapa dan guru tetapi merupakan masalah masyarakat. Dengan itu pemimpin-pemimpin tempatan seperti penghulu, pemimpin politik, belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dilibatkan untuk membantu dan berkerjasama bagi menyelesaikan kes-kes disiplin. Kawalan sosial perlu diwujudkan di kalangan penduduk dan sikap “tidak apa atau tidak ambil tahu” perlu diubah demi kepentingan masyarakat.

Buat masa kini, sudah wujud satu jawatankuasa yang dibentuk antara Polis Diraja Malaysia dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memerhatikan perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari semasa ke semasa dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya sebelum pelajar-pelajar terjebak dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Peranan media juga harus diberikan perhatian yang serius dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lebih mudah menganjurkan program yang berkaitan dengan personaliti remaja yang berjaya. Remaja yang berjaya satu-satu lapangan boleh memberi contoh yang positif kepada remaja secara keseluruhannya. Gambar-gambar remaja yang berjaya di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca juga bole merangsang pembaca remaja agar turut berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutama sekali yang mempunyai sasaran sasaran pembaca remaja hendaklah lebih sedar dan peka akan tanggungjawab sosial unutk menerbit lebih banyak bahan bacaan yang bercorak pengetahuan untuk melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang baik.


Kesimpulan

Pelbagai jalan penyelesaian boleh dilaksanakan dengan segera seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sekolah-sekolah, disiplin pelajar harus ditingkatkan melalui perancangan kegiatan yang boleh memupuk nilai yang baik dan mulia. Ini penting kerana tujuan pelaksanaan disiplin bukan setakat menghukum atau mendenda sahaja, malah bertujuan menggalakkan seseorang mematuhi, menghormati, dan bekerjasama denga masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini, ia amat memerlukan penglibatan dan rasa tangggungjawab para guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta penyelarasan akktiviti badan disiplin serta bimbingan dan kaunseling yang ada di sekolah-sekolah.

Wednesday, May 20, 2009

SELAMAT DATANG. Masih dalam proses pembinaan... T.Ksh...